suria

Polis Serbu Sekretariat Bersih

PETALING JAYA: Polis Selangor pada Rabu menyerbu sebuah rumah berhampiran Hospital Assunta di sini, yang dipercayai dijadikan tempat kegiatan yang ada kaitan dengan perhimpunan haram pada 9 Julai.

Serbuan yang dilakukan kira-kira 11 pagi ini diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah dan disertai lebih 10 anggota polis.

Ketua Polis negeri, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah ketika dihubungi berkata dalam serbuan itu, polis merampas beratus-ratus helai baju yang tertulis logo dipercayai berkaitan perhimpunan haram itu.

Katanya polis akan menyiasat kes itu lebih lanjut mengikut Seksyen 50 (3) Akta Pertubuhan. - BERNAMA

Artikel Lain