suria

Teresa Kok Pengerusi Baru DAP

PETALING JAYA: Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok Suh Sim dipilih sebagai Pengerusi DAP Selangor yang baru pada konvensyen DAP negeri kali ke-16, di sini Ahad.

Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua Kiam Wee pula dipilih sebagai Timbalan Pengerusi manakala Anggota Parlimen Klang Charles Santiago dan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Teng Chang Kim dipilih sebagai Naib Pengerusi.

Jawatan Setiausaha DAP Selangor dimenangi oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah, manakala Penolong Setiausaha dan Bendahari masing-masing dimenangi oleh Adun Sekinchan Ng Suee Lim dan Adun Subang Jaya Hannah Yeoh Tseow Suan.

Menerusi undi sulit, 15 anggota jawatankuasa yang dipilih membuat keputusan rombakan itu dan memilih Kok sebagai Pengerusi negeri.

Ketika 15 anggota itu mengadakan mesyuarat segera untuk memilih Pengerusi, Kok dan Teng dicadangkan untuk jawatan Pengerusi dan beliau menang dengan kelebihan satu undi menerusi undi sulit. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain