suria

6 Sukarelawan MV Rachel Corrie Dibebaskan Hari Ini

Muhyiddin menyambut kepulangan 12 sukarelawan Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini. Foto BERNAMA

SEPANG: Enam sukarelawan Malaysia yang berada di dalam kapal MV Rachel Corrie yang ditawan rejim Israel semalam akan dibebaskan hari ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, mereka yang merupakan antara 19 penumpang dan kru kapal berada dalam keadaan selamat dan telah dibawa ke Pelabuhan Ashdod.

"Enam sukarelawan terbabit akan dihantar ke Jordan pada pukul 6 petang ini waktu Malaysia.

"Kedutaan Malaysia di Jordan sedang membuat persiapan untuk membawa mereka pulang ke Kuala Lumpur," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyambut kepulangan 12 sukarelawan yang dibebaskan oleh rejim Tel Aviv dalam insiden rampasan kapal Mavi Marmara yang menyertai Flotila Pembebasan bagi misi bantuan kemanusian ke Gaza.

Rakyat Malaysia yang terbabit adalah peguam Matthias Chang; sukarelawan Perdana Global Peace Organisation (PGPO), Shamsul Akmar Musa Kamal dan Ahmad Faizal Azumu.

Turut berada dalam kapal Rachel Corrie ialah Ahli Parlimen Parit, Mohd Nizar Zakaria, Wartawan TV3, Halim Mohd dan jurukameranya, Mohd Jufri Judin.

Artikel Lain