suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tren Kargo Tergelincir, Perkhidmatan Komuter Terganggu

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) melibatkan beberapa perjalanan terjejas hari ini berikutan kejadian tren kargo tergelincir antara Stesen Kuala Lumpur dan Bank Negara.

KTMB dalam satu kenyataan di sini berkata perkhidmatan yang terjejas ialah:

* Perkhidmatan Rawang-Seremban ditamatkan di Stesen Kepong dan penumpang teruskan perjalanan dengan tren shuttle ke Stesen Sentral Kuala Lumpur dan kembali gunakan tren komuter ke Seremban;

*Perkhidmatan Seremban-Rawang ditamatkan di Stesen Sentral Kuala Lumpur, penumpang dipindahkan dengan tren shuttle ke Stesen Kepong dan meneruskan perjalanan dengan tren komuter ke Rawang;

*Tren shuttle antara Stesen Sentral Kuala Lumpur dan Kepong beroperasi setiap 60 minit dan kembali berkhidmat setiap 30 minit selepas 2 petang

*Perkhidmatan tren laluan Pelabuhan Klang ke Sentul ditamatkan di Stesen Kuala Lumpur.

Turut terjejas ialah perkhidmatan antara bandar KTM melibat perjalanan Kuala Lumpur-Ipoh-Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, Pemangku Pengurus Kanan Komunikasi Korporat KTMB Mohd Fazli Ismail ketika dihubungi berkata perkhidmatan dijangka kembali pulih pukul 2 petang ini.

Insiden tren kargo itu berlaku pukul 12.50 pagi ini ketika tren dalam perjalanan dari Pelabuhan Klang ke Ipoh.

Tidak ada kecederaan dilaporkan dan punca kejadian masih disiasat.

Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan KTMB orang ramai boleh hubungi talian khidmat elanggan di 1-300-88-5682. - BERNAMA

Artikel Lain