suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

12 Sukarelawan Selamat Tiba Di Tanah Air

12 sukarelawan Malaysia selepas selamat tiba di tanah air di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini. Foto BERNAMA

SEPANG: 12 sukarelawan yang dibebaskan rejim Israel berikutan insiden serangan kapal Mavi Marmara yang menyertai Flotila Pembebasan bagi misi bantuan kemanusiaan ke Gaza selamat tiba di tanah air pagi tadi.

Ketibaan mereka kira-kira pada pukul 5.40 pagi di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disambut oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kumpulan sukarelawan itu turut disertai Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan pegawai kementerian lain.

Mereka dan keluarga masing-masing kemudiannya dibawa menaiki tiga bas menuju ke kediaman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta dekat sini.

Kesemua 12 rakyat Malaysia itu berada di atas Mavi Marmara, kapal milik Turki yang diserang tentera Israel di perairan antarabangsa Isnin lepas, sehingga mengorbankan sembilan nyawa.

Artikel Lain