suria

Dua Mati Ditikam Selepas Bergaduh

JOHOR BARU: Dua pekerja restoran mati ditikam selepas bergaduh dengan rakan sekerja mereka yang bersenjatakan pisau 'Rambo'.

Mangsa yang merupakan rakyat tempatan dan warga Thailand, kedua-duanya lelaki berusia 30-an dipercayai bertengkar dengan pekerja lain yang juga rakan serumah sebaik pulang ke rumah sewa mereka di Kempas Baru kira-kira pukul 6 pagi tadi.

Keadaan menjadi bertambah buruk apabila kumpulan pekerja itu bertumbuk dan tiba-tiba salah seorang daripada mereka menghunus pisau sebelum menikam dua mangsa terbabit di dada dan perut.

Kedua-dua mangsa mati serta-merta sementara suspek, seorang warga tempatan melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Johor Baru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan berkata, suspek yang berumur 27 tahun itu berasal dari Kelantan menyerah diri di Balai Pois Kempas selepas setengah jam insiden itu berlaku.

"Kita juga menemui pisau yang digunakan oleh suspek," katanya sambil memberitahu mayat-mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk dibedah siasat di sini hari ini.

Sementara itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu menghubungi polis di talian 07-2212999 atau pergi ke balai polis berdekata.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain