Ahli Parlimen BN Didakwa Tidak Serius Lulus Usul Bajet 2010 - Semasa | mStar

Ahli Parlimen BN Didakwa Tidak Serius Lulus Usul Bajet 2010

KUALA LUMPUR:Ketua Whip Pakatan Rakyat (PR), Mohamed Azmin Ali mendakwa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bersikap kebudak-budakan dan tidak serius sehingga menyebabkan penyokong kerajaan hampir kalah ketika menyokong usul Bajet 2010 di Dewan Rakyat kelmarin.

"Saya kira tindakan membawa usul Bajet 2010 bukan satu tindakan yang bersifat kebudak-budakan, sebaliknya saya kira ahli Parlimen Umno dan BN yang bersikap kebudak-budakan kerana mereka tidak serius mengenainya (Bajet 2010).

"Mereka sepatutnya datang untuk mendengar perbahasan dan menyokong usul Bajet 2010 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri tetapi perkara itu tidak berlaku," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kemenangan tipis BN sebelum Bajet 2010 diluluskan di Dewan Rakyat kelmarin dengan majoriti tiga undi iaitu 66 Ahli Parlimen BN menyokong sementara 63 Ahli Parlimen pembangkang membantah.

Berikutan kehadiran Ahli Parlimen BN yang mengecewakan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin terpaksa bergegas ke Parlimen untuk turut serta mengundi.

Mengulas situasi berkenaan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, berdasarkan konvensyen bagi sebuah negara berparlimen, sekiranya bajet itu tidak diluluskan, kerajaan BN terpaksa dibubarkan dan satu pilihan raya baru terpaksa diadakan.

Mengulas lanjut mengenai isu berkenaan, Azmin yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, perkara tersebut jelas menggambarkan ketidaksungguhan ahli-ahli Parlimen BN untuk menyokong satu bajet yang begitu penting.

"Kegagalan mereka hadir dalam jumlah yang begitu besar menunjukkan mereka tidak bersedia untuk mempertahankan bajet untuk rakyat,” ujarnya.

Ditanya adakah tindakan tersebut merupakan tanda protes ahli-ahli Parlimen BN terhadap kerajaan pusat, Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata: "Saya tidak mahu membuat spekulasi itu tetapi ada maklumat (yang diterima) menjurus ke arah tersebut."

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

default image

Harga Gula Naik 20sen

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain