suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

31 Penagih Diberkas Ketika Mahu Berlabuh Di 'Port'

KULIM: Tiga puluh satu lelaki disyaki penagih dadah diberkas sebaik memasuki 'port' mereka di ladang kelapa sawit Kampung Labu Besar, Sungai Kob untuk menghisap dadah malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Supritendan Chin Sua Song berkata, polis menemui pelbagai alat menghisap dadah di tempat penagih tersebut diberkas hasil Ops Tapis Bersepadu.

Katanya, polis juga menemui sebuah motosikal dipercayai dicuri daripada seorang lelaki yang diberkas itu.

"Sebahagian besar dari mereka mempunyai rekod jenayah dan penyalahgunaan dadah, berusia antara 18 hingga 50 tahun," kata Chin kepada pemberita di sini, hari ini.

Menurutnya, serbuan itu diketuai Pemangku Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Polis Kulim, Cif Inspektor A. Rajaram bersama 18 anggota bagaimanapun tidak menemui dadah walaupun telah membuat intipan selama sebulan.

Katanya, saringan air kencing mendapati kesemua lelaki yang diberkas itu positif dadah jenis morfin.

Mereka akan dikenakan tindakan mengikut Sesyen 3(1)(Rawatan dan Pemulihan 1983) dan kini ditahan reman selama 14 hari bermula hari ini di bawah Seksyen 117 Akta Prosedur Jenayah. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain