suria

Anifah pelik media Indonesia enggan terima penjelasan tarian pendet

PUTRAJAYA: Menteri Luar Datuk Anifah Aman berasa pelik dengan sikap media Indonesia yang enggan menerima penjelasan akan isu tarian pendet yang telah mencetuskan insiden anti-Malaysia di negara itu.

Sebaliknya para pemberita Indonesia terus mengulangi isu itu di suratkhabar, kata beliau kepada pemberita di rumah terbuka Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Seri Perdana, di sini, hari ini.

Beliau berkata Malaysia telahpun menerima penjelasan Discovery Channel mengenai kontroversi tarian pendet itu dan penjelasan itu juga telah disampaikan kepada kerajaan Indonesia dan mereka juga telah menerima penjelasan itu.

Beliau berkata Malaysia tidak pernah mengakui tarian pendet itu adalah tarian Malaysia dan ianya adalah kesilapan pihak Discovery Channel.

Anifah berkata beliau telah membuat penjelasan dalam pertemuan dengan rakan sejawat dari Indonesia Hassan Wirajuda pada Khamis lalu.

Beliau berharap selepas pertemuan itu, yang telah berjalan dengan baik, segala masalah yang dihadapi oleh kedua-dua negara akan dapat diselesaikan dalam cara yang terbaik.

"Saya telah perjelaskan dalam sidang akhbar (di Indonesia) bahawa Malaysia tidak ada masalah dengan Indonesia," katanya.

Pertemuan dengan Hassan Wirajuda itu adalah berikutan insiden antiMalaysia dan laporan media yang negatif terhadap Malaysia di republik berkenaan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Tiada kematian baru jangkitan H1N1

Artikel Berikut

Artikel Lain