suria

Polis tahan 11 anggota 'Geng 08'

KUALA LUMPUR: Polis menahan 11 anggota kumpulan gangster bertatu 'Geng 08' yang dipercayai terbabit dalam keskes pembunuhan, pergaduhan, curi motosikal dan peras ugut, dalam satu serbuan di sebuah rumah di Jalan Sungai Buloh, di sini, awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah berkata salah seorang daripada yang ditahan dalam serbuan pukul 5 pagi itu ialah suspek yang amat dikehendaki polis berhubung kes pembunuhan dua lelaki di Rawang pada 2 Februari tahun lepas.

"Tiga daripada 11 yang ditahan itu yang berumur dalam lingkungan umur 20an didapati menggunakan kad pengenalan palsu," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata polis turut menemui dadah Syabu seberat 13.88 gram di rumah itu.

Katanya polis turut menjumpai sebuah motosikal jenis Honda EX5 yang dipercayai dicuri di Kampung Baru, Subang yang digunakan oleh salah seorang suspek yang ditahan. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain