Mahkamah lulus injuksi Adun Melor halang liputan media

SITI Aishah Chou Abdullah 24, bersama anaknya, Wan Ahamd Firdaus Wan Ismail dan Wan Nor Salwa Wan Ismail.
SITI Aishah Chou Abdullah 24, bersama anaknya, Wan Ahamd Firdaus Wan Ismail dan  Wan Nor Salwa Wan Ismail.
SITI Aishah Chou Abdullah 24, bersama anaknya, Wan Ahamd Firdaus Wan Ismail dan Wan Nor Salwa Wan Ismail.

KOTA BHARU: Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini meluluskan permohonan injunksi Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melor, Wan Ismail Wan Jusoh bagi menghalang media membuat liputan perbicaraannya dengan bekas isteri kedua beliau, Siti Aishah Chou Abdullah, 24 tahun.

Wan Ismail, 53, yang tidak hadir ke mahkamah hari ini membuat permohonan berkenaan menerusi peguamnya, Md Raziman Yaakub.

Md Raziman berkata permohonan itu dibuat berdasarkan Tatacara Mal 2002, Seksyen 239 iaitu perkara-perkara yang boleh mendatangkan aib.

Hakim Syarie, Abdullah Man ketika menerima permohonan itu memutuskan, injunksi tersebut termasuk menghebah serta menyiarkan liputan media sepanjang prosiding antara pihak plaintif dan defendan.

Kedua-dua pihak, katanya, iaitu defendan dan plaintif yang diwakili Mohd Sibri Ismail juga tidak dibenarkan mengeluarkan sebarang kenyataan kepada pihak media dan menyiarkannya untuk tatapan umum.

Terdahulu, permohonan tuntutan mutaah RM3 juta yang dibuat Siti Aishah sebagai pampasan perceraian daripada bekas suaminya itu akan disebut semula pada 29 Julai dan bersambung 25 Ogos ini kerana pihak pendakwaan belum menyerahkan fail pembelaan kepada mahkamah dan peguam plaintif.

Siti Aishah yang merupakan seorang mualaf berketurunan Cina Kemboja hadir di mahkamah bersama dua anaknya, Wan Ahmad Firdaus, 4; dan Wan Nor Salwa, 3; dan turut ditemani adiknya, Abdul Hakim Abdullah, 22; serta bapanya, Kian Ti, 62. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Artikel Lain