suria

Yong SAPP tak akan sertai BN walaupun Abdullah umum peralihan kuasa hari ini

KOTA KINABALU:Parti Maju Sabah (SAPP) tidak akan kembali menyertai gabungan Barisan Nasional (BN) sekalipun jika Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan peralihan pucuk pimpinan esok, kata presidennya Datuk Yong Teck Lee.

Beliau berkata parti itu tidak mempunyai masalah peribadi dengan Abdullah dalam kapasiti dirinya.

Yong berkata SAPP keluar dari BN pada 17 Sept lepas kerana perjuangan mereka mahu melihat penyelesaian berkekalan terhadap masalah yang dihadapi oleh rakyat Sabah.

"Ia bukan isu peribadi hingga jika Pak Lah keluar...kami (SAPP) akan kembali ke BN. Kami melihat pada isu secara menyeluruh, dan bukan hanya Perdana Menteri sekarang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mengenai pengumuman Abdullah esok, Yong berkata beliau menjangka Perdana Menteri tidak akan mengumumkan peralihan pucuk pimpinan esok.

"Sebabnya ialah beliau (Abdullah) mempunyai sokongan majoriti anggota Umno dan rakyat Malaysia yang telah mengundi BN dan majoriti selesa di Parlimen," katanya.

Kepada isu lain, Yong berkata sehingga hari ini Timbalan Ketua Menteri Datuk Raymond Tan Shu Kiah, yang telah mengisytiharkan dirinya sebagai anggota bebas Barisan selepas SAPP keluar dari BN, belum lagi mengemukakan surat berhenti dari menjadi anggota SAPP. BERNAMA

Artikel Sebelum

Teresa saman Utusan RM30 juta

Artikel Berikut

30 maut gempa bumi dekat Lhasa

Artikel Lain