suria

30 maut gempa bumi dekat Lhasa

BEIJING: Sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh apabila gempa bumi kuat melanda Tibet, 82km dari ibu negaranya, Lhasa semalam dan lebih ramai mangsa masih tertimbus di bawah runtuhan.

Banyak rumah runtuh dan lalu lintas serta talian telekomunikasi terputus di bandar Gedar dalam daerah Damxung, iaitu pusat gempa dengan magnitud 6.6 yang melanda pada 4.30 petang, menurut laporan Xinhua yang memetik kerajaan tempatan Tibet.

Xinhua berkata, kematian dan kecederaan turut dilaporkan di daerah berjiran tetapi jumlahnya masih belum dapat disahkan.

Gegaran dirasai di Lhasa yang menempatkan tinggalan purba seperti Potala Palace dan Jokhang Palace yang bersejarah, tetapi keduadua tempat tarikan pelancong itu tidak mengalami kerosakan besar, kata Xinhua.

Perkhidmatan kereta api QinghaiTibet, dan Lapangan Terbang Lhasa berjalan seperti biasa. BERNAMA

Artikel Lain