suria

Anwar salahkan akhbar tempatan bangkitkan kemarahan isu Hindraf

KUALA LUMPUR: Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata, sebuah akhbar tempatan yang melaporkan isu mengenai tindakan Hindraf semasa rumah terbuka Hari Raya Perdana Menteri dan menteri Kabinetnya bertujuan membangkitkan kemarahan orang Melayu.

Anwar berkata, isu sebenarnya ialah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang disifatkan beliau sebagai zalim serta perlu diperbetulkan.

"Orang ditahan di bawah akta yang zalim kena dibebaskan. Jangan nak tukar (topik).

"Orang zalim kena dibetulkan kesalahan mereka," katanya kepada pemberita di lobi Kompleks Mahkamah Jalan Duta, di sini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya media selepas menghadiri prosiding kes liwatnya di Mahkamah Sesyen. BERNAMA

Artikel Lain