suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zaini Ujang dilantik Naib Canselor UTM

JOHOR BAHARU: Timbalan Naib Canselor Pembangunan dan Inovasi (P&I) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Datuk Dr. Zaini Ujang dilantik sebagai Naib Canselor universiti tersebut bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa Rabu ini.

Unit Perhubungan Awam dan Komunikasi Korporat UTM dalam satu kenyataan berkata, Zaini akan menggantikan Prof, Tan Sri Dr. Mohd Zulkifli Mohd Ghazali yang tamat tempoh perkhidmatan esok.

Mohd Zulkifli memegang jawatan itu sejak Januari 2001.

Zaini mula berkhidmat di UTM pada 1988 sebagai staf akademik, seterusnya dilantik sebagai pensyarah Institut Alam Sekitar dan Sumber Air (IPASA) pada 2001 hingga 2006.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai Dekan Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Sumber Asli mulai 2006 hingga 2007 sebelum dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor P&I mulai Mac 2007.

Zaini juga adalah Profesor Kejuruteraan Alam Sekitar dan pernah menjadi Naib Presiden Air Kebangsaan pada 2004 hingga 2006 dan kini menjadi ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). BERNAMA

Artikel Lain