suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita Umno Sabah sokong pelan peralihan jawatan Rafidah-Shahrizat

KOTA KINABALU: Pergerakan Wanita UMNO Sabah menyokong dan akur dengan keputusan pelan peralihan jawatan oleh Ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz kepada Naib Ketua, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada Jun 2009.

Ketuanya, Senator Datuk Armani Mahiruddin berkata Wanita Umno Sabah berpendapat sebarang bentuk pertandingan bagi jawatan tersebut semestinya akan melemahkan Wanita Umno daripada peringkat atas sehinggalah ke akar umbi.

"Apa yang kita mahu adalah menentukan Wanita Umno mantap, ada perpaduan sebab kita terpaksa menghadapi pelbagai cabaran hari ini jadi perlu ada kepimpinan Wanita yang teguh dan bersatu suara," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Pergerakan Wanita Umno Sabah, di sini malam tadi. Armani berkata mesyuarat pergerakan itu dengan sebulat suara menerima keputusan yang dicapai mengenai peralihan jawatan itu. Beliau meminta bahagian-bahagian Wanita Umno yang bersidang nanti supaya menerima keputusan yang telah dipersetujui semua Exco Wanita dalam mesyuarat lalu serta pelan peralihan jawatan tersebut. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain