suria

Hashim angkat sumpah ADUN Sanglang November ini

KANGAR: Pesuruhjaya PAS Perlis, Hashim Jasin yang diisytihar oleh Mahkamah Persekutuan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Sanglang pada 16 September lepas, dijadual mengangkat sumpah pada November ini.

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu yang ditemui di sini hari ini berkata, majlis angkat sumpah itu akan berlangsung pada persidangan Dewan Undangan Negeri.

Pada pilihan raya umum Mac lepas, Hashim diisytihar sebagai tewas kepada calon Barisan Nasional (BN) Abdullah Hassan dan pemimpin PAS itu yang tidak berpuas hati dengan pengisytiharan itu mengemukakan petisyen di Mahkamah Tinggi.

Pada 18 Jun Mahkamah Pilihan Raya mengisytiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri Sanglang sebagai kosong dan Hashim mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan bagi mendapatkan pengisytiharan bahawa beliau adalah calon yang memenangi kerusi itu.

Md Isa berkata, beliau akan meneliti aspek perundangan sama ada Pesuruhjaya PAS Perlis itu berhak mendapat tunggakan elaun wakil rakyat sejak pilihan raya umum ke12 itu. BERNAMA

Artikel Berikut

574 produk disahkan bebas Melamine

Artikel Lain