suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Abdullah diberi taklimat Kementeh

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menghadiri satu taklimat di Kementerian Pertahanan, setelah mengambil alih portfolio itu daripada Datuk Seri Najib Tun Razak pada 17 September lepas.

Ketibaan beliau pada 3.15 petang disambut oleh Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abu Seman Yusop dan Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Abdul Aziz Zainal.

Terdahulu Abdullah menerima tabik hormat dan memeriksa Kawalan Kehormat Utama terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.

Pada 17 September lepas, Abdullah menyerahkan jawatan Menteri Kewangan kepada Najib dan mengambil alih jawatan Menteri Pertahanan. Beliau pernah menjadi Menteri Pertahanan dari 1986 hingga 1987.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain