suria

BPR ambil keterangan ahli poltik isu lompat parti

KANGAR: Badan Pencegah Rasuah (BPR) sedang menyiasat beberapa ahli politik berikutan dakwaan lompat parti serta tawaran jawatan dan kedudukan kepada mereka.

Ketua Pengarah BPR, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan berkata, beberapa ahli politik termasuk Ahli Parlimen telah dipanggil untuk memberi keterangan setelah BPR menerima beberapa laporan berhubung perkara itu.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan," katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian hadiah pertandingan pidato pencegahan rasuah pra-universiti peringkat negeri Perlis di sini hari ini.

Beliau enggan menyatakan jumlah mereka yang disiasat dengan alasan ia masih di peringkat siasatan.

"Kita tengah memantau semua dakwaan ini dan saya akan dedahkan apabila siasatan selesai," kata beliau dipetik Bernama.

Artikel Lain