suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Disangka alat mainan, ular tedung mati digigit budak lelaki berusia setahun

Bisa ular tedung mampu membunuh hanya dengan sekali patukan. -Gambar hiasan

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia setahun menggemparkan penduduk kampung apabila didakwa membunuh seekor ular tedung dengan menggigit reptilia itu hidup-hidup.

Insiden luar biasa itu berlaku di sebuah perkampungan terpencil di daerah Champaran Barat, dekat Bihar, India.

Kanak-kanak bernama Govind Kumar itu dikatakan menyangka reptilia yang memasuki rumahnya merupakan alat mainan. 

Nenek Govinda terlihat reptilia tersebut dan cuba menghalaunya, namun kanak-kanak itu bertindak lebih pantas dengan menangkap dan menggigit ular itu hingga terputus dua.

Govinda kemudian dilaporkan tidak sedarkan diri dan dia dibawa oleh ahli keluarganya ke hospital.

Kanak-kanak tersebut kini berada dalam pemantauan doktor, dan pihak hospital bersedia untuk memulakan rawatan bagi keracunan jika sebarang simptom muncul. -Agensi

 

Artikel Lain