suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Disuruh ikut ke kawasan kantin, pak guard liwat 2 pelajar lelaki dalam tandas sekolah

Lokasi tersembunyi seperti tandas juga sering menjadi sasaran pelaku jenayah seksual. -Gambar hiasan

SEORANG pengawal keselamatan ditahan selepas dia didakwa meliwat dua pelajar lelaki ketika bertugas.

Sewaktu kejadian, lelaki berusia 53 tahun itu didakwa menahan mangsa yang sedang berjalan keluar dari perkarangan sekolah.

"Ketika menuju ke pintu pagar, secara tiba-tiba kami diarahkan untuk mengikutinya ke tandas kantin," ujar mangsa, masing-masing berumur 15 dan 17 tahun.

Ia dilaporkan berlaku di Virar West, Mumbai, India kira-kira sebulan yang lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Abang ‘guard’ sekolah tolong buka kelas, komplot dengan 2 remaja rogol gadis 13 tahun!

Suspek kemudian berjaya diberkas oleh pihak polis pada Ahad.

Asisten Komisioner Polis, Suhas Bavche berkata, pihaknya kini sedang menyiasat sama ada terdapat individu lain yang turut menjadi mangsa.

Sementara itu, perbicaraan kes dijadualkan pada Isnin depan. -Agensi

Artikel Lain