suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Remaja dakwa dirogol 2 kali ketika berenang di pantai, suspek pertahan kata ‘persetujuan’ bersama

Wanita tidak digalakkan berada di kawasan sunyi dan terpencil.

SEORANG remaja perempuan mendakwa dirinya menjadi mangsa rogol ketika sedang berenang di pantai.

Dakwa mangsa yang berusia 16 tahun, ia berlaku di pantai Ialysos, Rhodes, pada tengah hari, Isnin.

Remaja itu berasal dari Britain, manakala suspek merupakan warga Belgium yang berusia 15 tahun.

Menurut laporan Dimokratiki, dua remaja itu menjalin hubungan mesra ketika menginap di hotel yang sama.

Namun, remaja itu membuat laporan yang mana dia diserang secara seksual tanpa persetujuannya sebanyak dua kali ketika sedang berenang.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua beradik kembar bergilir-gilir rogol remaja 16 tahun... Ajak sekali kawan bakal pengantin, calon tunang orang!

Polis mengambil tindakan pantas apabila suspek ditangkap pada pukul 10 malam hari yang sama dan kes rogol difailkan terhadapnya.

Ketika disoal siasat, suspek tidak menafikan hubungan itu tetapi mendakwa ia adalah atas persetujuan bersama.

Dia mendakwa remaja perempuan itu tidak membantah semasa kejadian yang didakwa berlaku.

Dia dibawa ke hadapan Pendakwa Raya, yang merujuk kes itu kepada pegawai penyiasat untuk prosiding undang-undang selanjutnya.

Kedua-dua pihak berkuasa konsular Britain dan Belgium sudah dimaklumkan tentang kes itu. -Agensi.

 

Artikel Lain