suria

Askar ditahan kes tikam mati isteri, kakak dedah mangsa keluar rumah sejak Aidiladha gara-gara selalu dibelasah

Anggota tentera itu diberkas selepas dia disyaki membunuh isterinya pada Rabu.

SEORANG wanita berusia 35 tahun dipercayai dibunuh oleh suaminya sendiri yang juga anggota tentera dalam kejadian pada pagi Rabu.

Suspek diberkas beberapa jam selepas insiden oleh pasukan Polis Tentera Indonesia dan kini sedang disiasat oleh pihak berkuasa.

Kejadian berlaku di Deli Serdang, Sumatera Utara, Indonesia. 

Mangsa dikenali sebagai Astri Gustina Yolanda manakala suaminya, Serma Tengku Dian Anugerah.

Motif kejadian dipercayai berpunca daripada ketagihan judi dalam talian yang menyebabkan suspek sering bertindak ganas dan tidak lagi memberi nafkah kepada keluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita kantoi campur bahan beracun dalam adunan tepung... Cubaan bunuh suami, mentua gagal

Menurut kakak mangsa, pasangan itu sudah berpisah tempat tinggal sejak tiga bulan lalu selepas wanita terbabit tidak tahan lagi dipukul.

“Adik saya keluar rumah lepas Hari Raya Aidiladha sebab kena pukul. Dia tinggal dengan mak sejak itu,” katanya ketika ditemui di hospital sewaktu proses bedah siasat.

Lebih menyayat hati, mangsa ditikam menggunakan belati di hadapan anaknya yang masih kecil.

Mangsa selamat dikebumikan sehari selepas kejadian. 

Mangsa meninggalkan empat orang cahaya mata. -Agensi.

Artikel Lain