suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suka rakam foto haiwan liar, pemilik safari maut dipijak gajah

Conradie ditusuk sebelum dipijak beberapa kali oleh seekor gajah di safari miliknya. -Foto Daily Mail

SEORANG lelaki maut selepas dipijak seekor gajah dalam kejadian tragis yang berlaku di kawasan safari mewah miliknya pada Rabu.

Mangsa, FC Conradie, 39, yang juga pemilik kawasan seluas 10,926 hektar  itu dilaporkan cuba mengalihkan sekawan gajah dari kawasan keramaian sebelum diserang salah seekor daripadanya.

Menurut sumber, gajah seberat enam tan itu dipercayai menyerangnya secara tiba-tiba dengan menggunakan gading sebelum memijaknya berulang kali.

Kejadian berlaku di Gondwana Private Game Reserve di Afrika Selatan.

Conradie yang turut dikenali sebagai pencinta haiwan dan alam semula jadi, dikatakan sering turun ke lapangan sendiri untuk merakam gambar haiwan liar.

“Dia mungkin rasa sudah meraih kepercayaan gajah-gajah. Tapi hakikatnya, walaupun berada dalam kawasan tertutup, haiwan itu tetap liar dan tidak boleh dijangka,” ujar seorang pegawai yang enggan dikenali.

Ia merupakan kejadian kedua di safari eksklusif berkenaan, yang terkenal dalam kalangan pelancong elit dan selebriti antarabangsa.

Pihak berkuasa kini sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai kejadian berkenaan. –Agensi

Artikel Lain