suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Atur pertemuan di hotel, bomoh rogol remaja ketika upacara halau roh jahat

Hotel kerap menjadi lokasi kes rogol. -Gambar hiasan AI

PIHAK pendakwaan Korea Selatan pada 17 Julai memohon hukuman penjara tujuh tahun terhadap seorang bomoh berusia 20-an yang didakwa merogol seorang remaja perempuan atas alasan melakukan upacara menghalau roh jahat.

Pendakwa raya memberitahu Mahkamah Daerah Jeju bahawa tertuduh melanggar Akta Perlindungan Kanak-Kanak dan Remaja daripada Kesalahan Seksual dalam serangan yang didakwa berlaku terhadap mangsa bawah umur pada 1 Februari. 

Dia dipercayai memperdaya mangsa ke sebuah hotel di Pulau Jeju selepas berkenalan melalui aplikasi sembang mudah alih.

Tertuduh didakwa melakukan serangan seksual, merakam kejadian kejam itu dan menggunakan rakaman tersebut untuk mengugut mangsa.

Dia juga didakwa mengugut akan menghantar video itu kepada rakan-rakan dan ibu bapa mangsa sekiranya remaja berkenaan enggan menuruti kehendaknya.

Tertuduh mengaku bersalah semasa perbicaraan pada 17 Julai dan menyatakan kekesalan.

Tertuduh turut berjanji kepada mahkamah untuk mendapatkan rawatan dan tidak akan melakukan upacara menghalau roh lagi.- Agensi.

Artikel Lain