suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Remaja maut diserang babi peliharaan keluarga, bersendirian ketika bagi makan di kandang

Mangsa maut selepas diserang babi di ladang milik keluarganya. -Foto Prosecutor's office/ east2west news

SEORANG remaja perempuan maut selepas dia diserang babi di ladang milik keluarganya di Krasnoyarsk, Rusia.

Milena Shevelyova, 17, dipercayai sedang memberi makan haiwan itu secara bersendirian ketika ibu bapanya keluar ke bandar.

Menurut laporan, Milena diserang oleh seekor babi betina besar dan agresif yang menyebabkan dia terjatuh dan tidak sedarkan diri.

Selepas serangan pertama, semua babi lain di kandang turut menyerang mangsa.

ARTIKEL BERKAITAN: Letak kepala babi di kedai makan, 2 lelaki biadab terima padah

“Semua babi lain menyerang dan menggigitnya. Milena meninggal dunia akibat kehilangan darah,” lapor Bad News.

Mangsa dilaporkan mengalami banyak luka di kepala dan badan akibat gigitan babi.

Kes ini sedang disiasat sebagai kematian akibat kecuaian. - Agensi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain