suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

3 pendaki gunung hilang, terputus hubungan sejak 18 November

Tiga pendaki ini sepatutnya turun dari gunung pada 18 November.

TIGA individu dilaporkan terputus hubungan ketika mendaki Gunung Balease di Luwu Utara, Sulawesi Selatan, Indonesia.

Tiga pendaki gunung itu dikenal pasti sebagai Tantan Trianaputra, 68, Maman Permana, 44, dan Yudiana, 46.

Mereka merupakan pendaki dari komuniti Jarambah QC Tasikmalaya.

Kehilangan tiga lelaki itu disahkan oleh Pengerusi Forum Komunikasi Pencinta Alam Tasikmalaya (FKPAT), Miftah Babol.

"Maklumat yang kami terima pada 20 November lalu, mereka telah terputus hubungan.

ARTIKEL BERKAITAN: Nak ‘on trek’ waktu malam, pendaki disuruh laung azan dulu... Tapi pekerja perhutanan kata mengarut, hanya undang bahaya!

"Berdasarkan dokumen pelan operasi perjalanan (ROP) ekspedisi, tiga pendaki itu dijadualkan turun dari gunung itu pada 18 November 2024.

"Nombor telefon salah seorang daripada mereka aktif tetapi apabila dihubungi tiada bunyi. Ya, sudah tentu kami berharap yang terbaik," kata Miftah.

Komuniti pendaki turut mengadakan solat hajat untuk mendoakan keselamatan tiga individu itu. - Agensi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain