suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cikgu ‘umpan’ pelajar lelaki dengan alkohol, ganja sebagai habuan seks... Perbuatan jijik berlaku lebih 20 kali

Seorang guru wanita dipenjara kerana melakukan hubungan terlarang dengan pelajarnya. -Gambar hiasan

SEORANG guru wanita yang melakukan hubungan seks dengan pelajarnya dijatuhi hukuman penjara selama 30 tahun.

Melissa Curtis, 32, juga dikehendaki mendaftar sebagai pesalah seks selama 25 tahun selepas dibebaskan kelak.

Guru yang ditamatkan perkhidmatannya itu menyerahkan diri kepada polis pada 7 November 2023.

Curtis didakwa atas tuduhan penderaan seksual kanak-kanak bawah umur dan pelbagai pertuduhan kesalahan seksual tahap ketiga dan keempat.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar umur 17 tahun dikurung, dijadikan hamba seks selama enam bulan oleh dua guru lelaki

Menurut Fox 5 DC, penderaan itu berlaku di Montgomery County, di dalam kenderaan Curtis dan di beberapa kediaman di kawasan itu antara Januari dan Mei 2015.

Curtis juga dilaporkan membekalkan alkohol dan ganja kepada pelajar dan melakukan hubungan seksual dengannya lebih daripada 20 kali, kata polis.

Curtis berkhidmat sebagai guru selama dua tahun dan juga pernah mengajar di Lakelands Park Middle School. - Agensi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain