suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Guru ditahan buat kelas palsu, larikan yuran pendaftaran lebih RM50,000

Seorang guru (kiri) ditahan bagi membantu siasatan polis. Foto khaosod

POLIS menahan seorang guru wanita yang dituduh menipu ibu bapa pelajar-pelajar.

Suspek merupakan seorang penolong guru bahasa di sebuah sekolah.

Dilaporkan, lebih 20 ibu bapa membuat aduan mengenai penipuan itu kepada pihak polis.

Suspek berusia 27 tahun ditahan di tempat letak kereta di Mae Ka, wilayah Phayao diThailand.

Guru berkenaan dikatakan menipu 38 ibu bapa dengan melarikan wang yuran lebih 400,000 baht (RM51,500).

Dia menyediakan laman sosial yang menawarkan tunjuk ajar persendirian khusus untuk kanak-kanak sekolah rendah.

Selepas ibu bapa membayar yuran pendaftaran untuk kelas khas tersebut, suspek melarikan diri dengan wang mereka.

Kes tersebut dalam siasatan polis. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain