suria

Pemandu bas sempoi! Bawa penumpang beraya, makan di rumah mentua

Kemurahan hati seorang pemandu bas mendapat perhatian ramai.

TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.

Begitulah kisahnya apabila sekumpulan penumpang bas di Indonesia secara mengejut dibelanja makan oleh pemandu sempena sambutan Aidilfitri.

Menerusi video tular di laman TikTok, kelihatan penumpang bas itu dibawa makan ke rumah mentua pemandu bas tersebut.

Pemandu berkenaan yang mesra dikenali Syatir dipuji kerana kebaikannya selepas video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya tular.

Dek keikhlasannya membawa penumpang untuk makan percuma, ramai pengguna media sosial mencarinya untuk berkongsi rezeki.

“Tolong berikan saya maklumat berkaitan pemandu itu, insyaAllah saya ingin memberi penghargaan kerana masih ramai orang baik di Indonesia.

“Boleh beri saya maklumat tentang pemandu, ada ‘rezeki’ sedikit untuknya," tulis sebahagian warga maya. - TribunTrends.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain