suria

Cikgu berstatus isteri ditangkap berbogel dalam kereta, kantoi jalin hubungan terlarang dengan pelajar

Wanita berstatus isteri sepatutnya mengelakkan perbuatan yang boleh meruntuhkan rumah tangga. -Gambar hiasan

SEORANG guru wanita di New Jersey, Amerika Syarikat dituduh melakukan serangan seksual terhadap seorang pelajar lelaki.

Jessica Sawicki merupakan seorang guru bahasa Inggeris berusia 37 tahun di Hamilton High School West di Trenton.

Pada Ahad, Sawicki dan seorang pelajar sekolah itu ditemui dalam keadaan tidak berpakaian di dalam sebuah kereta.

Difahamkan, ia bukanlah kali pertama sebaliknya Sawicki melakukan perbuatan itu beberapa kali sejak Disember tahun lalu.

Menurut afidavit, Sawicki mengaku kepada penyiasat bahawa dia dan budak lelaki berusia 16 tahun itu melakukan persetubuhan "tanpa perlindungan" sebanyak lima kali.

Perbuatan jijik yang terbongkar itu menyebabkan dia didakwa dengan lima pertuduhan serangan seksual tahap dua.

Selain itu, dia turut didakwa dengan lima pertuduhan tahap dua kerana membahayakan kebajikan kanak-kanak.

Ekoran kes itu, Sawicki diberi cuti sementara dan pihak sekolah juga memberi kerjasama penuh ke atas siasatan berkenaan. - NDTV.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain