suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kisah cinta tragis, lelaki ditemukan tidak bernyawa atas buaian... Tembak tembus kepala

Seorang lelaki ditemukan tidak bernyawa di atas buaian. -Foto KhaoSod

KISAH cinta tragis apabila seorang lelaki ditemukan mati dengan kesan tembakan selepas hubungannya bersama kekasih berakhir.

Insiden yang berlaku pada awal pagi Sabtu lalu, menggemparkan penduduk setempat di Chachoengsao dekat Bangkok, Thailand.

Mangsa berusia 42 tahun yang dikenali sebagai Sarawut ditemukan mati di atas buaian, dengan kesan tembakan di bawah dagu sehingga menembusi belakang kepalanya.

Turut ditemui senapang patah berdekatan mayat mangsa.

Penduduk tempatan meluahkan kesedihan dengan berkongsi tentang Sarawut yang kelihatan tertekan dan menunjukkan tanda-tanda kemurungan sebelum kejadian itu.

Kematiannya dipercayai mempunyai kaitan dengan kisah putus cintanya bersama teman wanita.

Dia dipercayai masuk ke hutan di belakang kampungnya sebelum menggunakan senapang patah dan menembak dirinya sendiri.

Polis melakukan siasatan lanjut berhubung kejadian, manakala mayat mangsa dihantar untuk proses bedah siasat. - Thaiger

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain