suria

Gigih memburu DNA purba, penyelidik sedang berusaha ‘hidupkan’ semula haiwan yang pupus

Harimau Tasmania merupakan antara haiwan yang telah pupus. -Foto Popperfoto via Getty Images

PENYELIDIK daripada syarikat Colossal Biosciences mendedahkan mereka sedang berusaha untuk 'menghidupkan' semula lebih banyak haiwan yang telah pupus.

Antaranya, mereka mahu membawa balik spesies yang sudah lama mati seperti harimau Tasmania.

Mereka juga sedang memburu DNA purba untuk menghidupkan semula spesies baharu yang tidak pernah ditemui dalam rekod fosil.

Profesor Beth Shapiro, ketua pegawai sains syarikat itu, berkata: "Masa lampau mengikut sifatnya berbeza daripada apa-apa yang wujud hari ini. Kami seperti penjelajah, tetapi bukannya pergi ke tempat yang jauh di planet ini, kami pergi ke masa lalu yang jauh, dan kami tidak tahu apa yang akan kami temui."

Baru-baru ini, pakar turut menemui serpihan DNA yang wujud sejak dua juta tahun di Greenland.

Antara DNA yang mereka temui ialah haiwan seperti kuda daripada 700,000 tahun dahulu.

Para saintis berpendapat mereka boleh memilih sifat terbaik daripada DNA kepunyaan spesies yang serupa dengan kuda atau keldai yang hidup 700,000 tahun dahulu.

Kemudian, mereka mungkin boleh mencipta baka super baharu yang lebih lengkap untuk dunia hari ini yang dilanda perubahan iklim.

"Makmal penyelidikan akademik saya sendiri telah menemui spesies baharu Artik equid yang hidup di Amerika Utara kira-kira 700,000 tahun yang lalu.

"Ia bukan kuda, ia bukan keldai, tetapi ia adalah sesuatu yang berkaitan dengan keturunan tersebut.

"Kami akan menemui perkara yang tidak diketahui oleh rekod fosil dan semoga kami boleh menggunakan maklumat itu untuk menghidupkan semula sifat dalam spesies hidup yang mungkin boleh membantu mereka untuk menyesuaikan diri dengan mana-mana masa depan kita," tambah Profesor Shapiro lagi. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain