suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rumah tangga berantakan! Isteri nekad tuntut cerai, kecewa suami 'tipu' mas kahwin

Barangan palsu yang diberikan seorang suami sebagai mas kahwin.

PASTINYA terguris hati ini apabila kepercayaan yang diberikan dikhianati oleh orang yang disayangi.

Begitulah kisah penganiayaan seorang wanita apabila dia diberikan mas kahwin berupa emas palsu oleh suaminya ketika majlis perkahwinan mereka di wilayah Jawa Barat, Indonesia.

Wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Syifa berkata dia nekad untuk menuntut cerai daripada suaminya selepas medapat tahu muslihat di sebalik cincin dan rantai emas yang diberikan kepadanya sebagai mas kahwin.

Menurut bekas Ketua Daerah Purwakarta, Dedi Mulyadi, majlis perkahwinan pasangan mempelai itu dilangsungkan baru-baru ini dan dia sendiri turut menghadirinya.

Sementara itu, bapa Syifa yang meninggal dunia pada 3 Mac lalu sempat mengadu tentang pemberian emas palsu tersebut kepada ibu menantunya, namun tidak diendahkan.

Sehingga kini kemelut melibatkan emas palsu tersebut masih belum berjaya diselesaikan. - Gelora News

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain