suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gara-gara cincin tulisan Cina di kaki, burung merpati disyaki pengintip ditahan 8 bulan

Burung merpati yang ditahan selepas disyaki sebagai pengintip.

HANYA disebabkan mempunyai dua bentuk cincin pada kaki, seekor burung merpati ditahan pasukan polis India di sebuah pelabuhan di Mumbai.

Bukan itu sahaja, burung tersebut turut didakwa sebagai ejen perisikan China kerana cincin yang dipakai membawa perkataan yang kelihatan seperti bahasa negara tersebut.

Susulan daripada itu, ia dihantar ke Hospital Binatang Bai Sakarbai Dinshaw Petit Mumbai sebelum dipindahkan ke Persatuan Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan Bombay.

Bagaimanapun, pada Selasa lalu, ia dilepaskan selepas menjadi tahanan selama lapan bulan.

Berdasarkan siasatan, burung merpati tersebut adalah burung lumba air terbuka dari Taiwan yang 'melarikan diri' ke India.

Dengan kebenaran polis, burung itu, yang doktornya membebaskannya pada hari Selasa. - AP News

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain