suria

Jutawan makan 80 pil setiap hari, mahu hidup selama-lamanya - “Saya tak merancang untuk mati”

Johnson menjalani diet ketat kerana mahu kekal seperti remaja selamanya.

SEORANG jutawan teknologi menjalani hidup dengan diet ketat kerana tidak mahu melalui proses penuaan seperti individu biasa.

Bryan Johnson, 45, mahu dirinya menjadi seperti remaja berusia 18 tahun dengan mengamalkan 80 pil vitamin serta mineral setiap hari.

Menerusi 'Project Blueprint' yang diusahakannya, dia membelanjakan AS$2 juta (RM9.15 juta) setahun untuk kos diet serta pakar yang akan memantau organnya.

Setiap hari, dia akan mengambil puri sayuran dan tidur seawal 8.30 malam.

Kata Johnson lagi, dia hanya makan 1,977 kalori setiap hari.

"Saya tak merancang untuk mati," ujar Johnson yang turut mengambil susu badam, kacang dan buah beri. - Mirror.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain