suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Berbalas tembakan dengan polis, pencuri kereta tahan sakit gara-gara peluru terkena alat sulit

Penjenayah itu cedera akibat terkena tembakan pada alat sulit.

SEORANG pencuri kereta cedera pada bahagian kemaluan selepas dia terkena peluru, baru-baru ini.

Kejadian itu berlaku ketika penjenayah berkenaan berbalas tembakan dengan anggota polis Afrika Selatan.

Menurut Ahli Jawatankuasa Datuk Bandar Rob Quintas, pasukan polis terpaksa melepaskan tembakan sebagai respon kepada tindakan ganas suspek dan rakannya yang cuba menyerang kenderaan mereka.

"Ketika kami masuk, kami melihat dua lelaki sedang melepaskan tembakan dengan liar.

"Saya boleh mengesahkan bahawa dia cedera dan ditembak di bahagian lengan dan pangkal paha," ujar Quintas.

Rakan subahat lelaki yang cedera itu tidak ditangkap kerana sempat melarikan diri.

Malah, rakannya juga tergamak meninggalkan pelaku yang berlumuran darah dan bergelut menahan kesan tembakan pada zakarnya. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain