suria

Ngeri! Leher wanita hampir putus dikelar kekasih... Selamba datang lokasi kejadian, majlis tahlil

Suspek ditahan bagi siasatan lanjut.

HANYA kerana mempunyai hubungan sulit, seorang wanita berusia 39 tahun dibunuh dengan kejam oleh teman lelakinya.

Mangsa dikenali sebagai Hotimah, 39, dikelar di bahagian leher oleh kekasihnya, Sonny Safaat, 25, di hadapan rumahnya yang terletak di Bangkalan, Jawa Timur.

Menurut pihak berkuasa tempatan, Asisten Komisioner Febri Isman Jaya, mayat Hotimah ditemui oleh ibunya dalam keadaan lehernya hampir terputus serta kesan kecederaan di bahagian perut.

Difahamkan kejadian ini berlaku ketika Sonny mengajak Hotimah untuk berjumpa sebelum bertindak menikam perut mangsa dan mengelar lehernya hingga hampir putus.

"Suspek mengajak mangsa untuk berjumpa dan dalam masa yang sama suspek sudah pun bersedia dengan membawa sebilah pisau.

"Hasil siasatan pihak polis yang dibuat ke atas telefon bimbit mangsa, Sonny kemudiannya ditahan selepas didapati merupakan individu yang terakhir dihubungi mangsa," katanya.

Daripada siasatan, polis menemui bukti bahawa suspek merupakan orang terakhir bertemu dengan mangsa. Polis turut menggeledah rumah suspek dan menemui beberapa bukti seperti pisau yang digunakan untuk membunuh mangsa.

Bukan itu sahaja, Sonny juga dikatakan turut hadir ke majlis tahlil serta pengebumian mangsa.

Suspek kemudian pulang ke rumah setelah membunuh mangsa. Saat penduduk menemui mayat mangsa, suspek datang ke tempat kejadian dan turut melihat proses mangsa diangkat oleh pihak berkuasa.

Hasil siasatan mendapati kematian mangsa dipercayai berpunca daripada kecederaan parah di bahagian lehernya yang dikelar dan kini, enam saksi termasuk suami mangsa dipanggil pihak polis bagi membantu siasatan. - Detik.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

kelar leher, bunuh teman wanita, kejam,

Artikel Lain