suria

Jalan rosak sepanjang 13km, pemuda terpaksa angkut jenazah warga emas guna motosikal

Jenazah warga emas itu dibawa pulang ke kampung dengan menaiki sebuah motosikal.

RAKAMAN memaparkan seorang pemuda yang membawa jenazah menggunakan sebuah motosikal meraih perhatian ramai netizen.

Warga emas itu yang dikenali sebagai Sukur, 64, meninggal dunia di sebuah hospital dan dibawa pulang ke kampungnya dengan bantuan seorang pemuda.

Pemuda itu meletakkan jenazah pada bahagian kanan motosikal, manakala bahagian kirinya diimbangi dengan batang pokok pisang.

Kejadian yang menyayat hati itu tular selepas ia dirakam oleh penduduk kampung di Bengkulu, Indonesia.

Menurut ketua kampung yang dikenali sebagai Salim, jenazah warga emas itu terpaksa dibawa menggunakan motosikal kerana kerosakan jalan raya.

Lebih teruk katanya, jalan raya sepanjang 13 kilometer (km) yang rosak itu masih belum dibaiki. - Detik.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain