suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Alasan foto pasport terlalu 'cantik', pegawai imigresen halang wanita naik pesawat

Wanita ini tidak dibenarkan naik pesawat kerana dikatakan bukan pemegang pasport yang sah.

KEJELITAAN seorang wanita ternyata membawa kesulitan.

Gara-gara foto di pasport yang dianggap berbeza dan lebih ayu berbanding dengan wajah sebenar, seorang pempengaruh hampir tidak dibenarkan untuk menaiki pesawat penerbangannya.

Wanita berasal dari Los Angeles, Amerika Syarikat, itu mengatakan insiden yang sangat memalukan tersebut berlaku ketika pemeriksaan imigresen sebelum berlepas dari Istanbul, Turkiye.

Menurut Alisha Marie, foto di pasportnya hampir menghalangnya daripada menaiki pesawat kerana kakitangan bertugas tidak percaya bahawa dia adalah pemegang pasport berkenaan.

"Petugas itu memberikan amaran bahawa orang ramai tidak boleh mengambil 'gambar cantik' untuk pasport kerana ia berisiko tidak diiktiraf.

"Mereka hampir tidak membenarkan saya menaiki penerbangan saya. Sebab mereka kata saya tidak kelihatan seperti foto pasport saya," jelasnya.

Seterusnya dia menambah bahawa dia tidak pernah merasakan dirinya terhina sebegitu rendah seumur hidupnya.

Ekoran dari pendedahan Alisha, ramai yang mengatakan inilah sebabnya mereka tidak pernah mengambil gambar yang kacak atau cantik untuk pasport mereka. - Daily Mail

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain