suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Pelajar lelaki mencangkung, pegang kaki gadis pujuk rayu couple semula

Tangkap layar video pelajar sekolah merayu pada seorang gadis.

CINTA pertama tentunya menjadi pengalaman hidup yang menakjubkan dan pada masa menyayat hati yang memberi banyak pengajaran.

Seorang pelajar lelaki yang patah hati dilihat merayu pada seorang gadis supaya menjalinkan semula hubungan.

Video tersebut menjadi tular selepas dikongsi di halaman meme di Instagram.

Kejadian dipercayai berlaku di India.

Menerusi video tersebut, seorang pelajar sekolah yang baru putus cinta kelihatan mencangkuk di atas tanah sambil merayu.

Pemuda berkenaan kemudian dilihat menyentuh kaki gadis itu dan cuba meyakinkannya.

Bagaimanapun, gadis itu hanya menggelengkan kepala.

Lelaki itu terus memegang kaki gadis itu dan tidak membiarkannya pergi kerana mahu merayu untuk 'merujuk' kembali.

Video yang tular itu mencetuskan pelbagai reaksi netizen. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain