suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jilat badan kodok untuk khayal, taman negara beri amaran tabiat aneh undang pelbagai risiko penyakit

Segelintir penduduk AS ketagih menjilat kodok untuk khayal.

JILAT kodok untuk merasai sensasi khayal, kedengaran agak aneh namun itulah tabiat pelik yang semakin mempengaruhi segelintir penduduk di Amerika Syarikat (AS).

Kodok Gurun Sonoran atau juga dikenali sebagai kodok sungai Colorado mempunyai sejenis kelenjar parotoid yang sangat menonjol dan mengeluarkan toksin yang kuat.

Mungkin ramai yang geli atau melarikan diri apabila melihat amfibia bersaiz sekitar 17 sentimeter itu, tetapi ada juga segelintir pihak yang gemar mencari haiwan berkenaan untuk tujuan aneh tersebut.

Perkhidmatan Taman Negara Amerika dalam akaun Facebooknya bagaimanapun melarang tabiat aneh berkenaan kerana boleh menyebabkan pelbagai risiko penyakit.

"Ia boleh membuat anda sakit jika anda memegang atau menjilat kodok itu malah berisiko mendapat racun dalam mulut anda," tulisnya.

Antara penyakit yang biasa berlaku akibat menjilat kodok adalah euforia dan halusinasi, tetapi terdapat juga kesan lebih buruk termasuk kebimbangan, loya, sawan dan kematian.

Menurutnya lagi, hanya beberapa kodok boleh menyebabkan rasa khayal, dan tahapnya berbeza bagi setiap haiwan.

Bekas peninju terkenal dunia, Mike Tyson juga mendedahkan dia pernah mencuba menjilat kodok berkenaan untuk merasai khayal, namun hampir sahaja kehilangan nyawa. - Metro.co.uk

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain