suria

Gara-gara cemburu, lelaki tembak kemaluan suami baharu bekas isteri... hanya ketawa ketika disoal siasat

Bunteurm (gambar kecil) mendakwa dia tidak berniat menembak Somchai. Foto: Viralpress

GARA-GARA cemburu, seorang lelaki didakwa menembak kemaluan suami baharu bekas isterinya menggunakan sepucuk pistol.

Suspek, Bunteurm Oonkaew, 37, didakwa mabuk ketika kejadian dan bertindak demikian kerana cemburu melihat bekas isterinya, Ubonrat, 35, berkahwin dengan mangsa.

Difahamkan, Bunteurm pergi ke rumah Ubonrat di Chumphon, selatan Thailand pada malam Khamis lalu sebelum menolak pintu rumah wanita berkenaan sehingga terbuka.

Dia mengacukan pistol ke arah suami baharu wanita itu, Somchai Sakoolchai, 40, dan kemudian melepaskan tembakan ke arah pangkal paha mangsa.

Ubonrat kemudian menghubungi polis dan Bunteurm ditahan untuk siasatan lanjut.

Ketika disoal siasat, Bunteurm sambil ketawa mendakwa bahawa pistol itu telah 'tersilap' tembak.

"Tembakan dilepaskan dan mengenai bahagian antara kaki Somchai, tetapi saya tidak berniat untuk berbuat demikian," kata Bunteurm.

Dia bagaimanapun ditahan reman kerana cubaan membunuh.

Sementara itu, Somchai dikejarkan ke sebuah hospital dan dilaporkan berada dalam keadaan sedar.

Bagaimanapun, kemaluannya cedera parah malah doktor turut melahirkan rasa khuatir ia tidak dapat berfungsi lagi. - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain