suria

Walaupun doktor kata mustahil, wanita gempal ini berjaya lahirkan 3 anak kembar

Rezeki untuk wanita ini mendapat tiga cahaya mata serentak.

WANITA ini yang dikenali sebagai Ange mengakui stigma mengenai saiz badannya meningkat secara mendadak ketika dia hamil tiga anak kembar.

Dia yang berumur 38 tahun selamat melahirkan tiga anak kembar pada awal tahun ini.

Pada mulanya, Ange mengatakan doktor memaklumkan kepadanya bahawa seorang atau dua orang anak kembarnya berkemungkinan tidak akan selamat dilahirkan.

"Saya sememangnya seseorang yang berbadan besar tetapi saya sihat dan selalu pergi ke gimnasium.

"Walaupun begitu, orang masih memandang saya dengan stigma termasuk doktor saya sendiri.

"Mereka kerap ingatkan saya tentang diabetes dan tekanan darah tinggi sehingga mereka kata saya tidak patut ada anak-anak ini," ujarnya.

Ange berkongsikan proses kehamilan dan bersalin untuk tiga anak kembar ini adalah jauh berbeza dari anak pertamanya yang dilahirkan pada tahun 2016.

Walaupun berdepan dengan prospek sebegitu, Ange berjaya mendepani segala cabaran dan selamat melahirkan kesemua anaknya. - Mirror

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain