suria

Belum ada anak, pasangan sambut hari jadi kambing besar-besaran... tetamu bawa hadiah selimut

Video majlis hari jadi itu menjadi viral di media sosial.

PASANGAN suami isteri tidak mempunyai anak sendiri menyambut hari lahir anak kambing dengan penuh rasa bangga.

Mereka menjemput semua saudara mara dan rakan-rakan bagi acara memotong kek pada majlis itu.

Malah, pasangan yang tinggal di Kanshi Ram, Banda, India, ini juga mengupah seorang DJ pada hari tersebut.

Video menunjukkan keadaan sekitar majlis itu menjadi tular di media sosial.

Menurut laporan, Raja dan isterinya belum dikurniakan anak selepas perkahwinan mereka.

Kambing peliharaan ini melahirkan dua ekor anak dan mereka memutuskan untuk menyambut hari lahir pertamanya.

“Kami melayan haiwan itu seperti anak kami dan memutuskan untuk meraikan hari lahir mereka dengan meriah.

“Kami menamakan anak-anak itu Kuber dan Laxmi dan saya membawa mereka bersiar-siar menaiki beca,” ujarnya.

Dia berkata para tetamu yang hadir juga membawa hadiah seperti selimut untuk kanak-kanak pada hari lahir mereka. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain