suria

Ajaib! Juruelektrik terselamat selepas jatuh dalam cecair aluminium panas menggelegak

Mangsa berjaya keluar walaupun kakinya ditenggelami cecair panas paras lutut. Foto: Bloomberg via Getty Images

BERPANTANG maut sebelum ajal! Itulah pepatah yang sesuai bagi menggambarkan situasi di mana seorang juruelektrik terselamat selepas terjatuh ke dalam relau yang mengandungi cecair aluminium pada suhu 720 darjah Celsius.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di bandar St. Gallen, timur laut Switzerland, Khamis lalu.

Mangsa yang berusia 25 tahun dikatakan sedang bekerja di lokasi tersebut sebelum terjatuh melalui pintu ke dalam cecair logam panas.

Walaupun mengalami kesakitan akibat bahagian kaki sehingga paras lututnya tenggelam dalam cecair aluminum, mangsa berjaya keluar dari relau tersebut.

Selepas penggera dibunyikan, doktor dan paramedik bergegas ke tempat kejadian sebelum helikopter ambulans milik sebuah perkhidmatan penyelamat udara tiba untuk membawanya ke hospital.

Mangsa dilaporkan melecur dan cedera parah akibat kemalangan tersebut.

Polis kini sedang menyiasat bagaimana kejadian ngeri itu berlaku. - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain