TRAGIS.
Sebuah video tular menunjukkan seekor anjing diseret di sepanjang jalan oleh seorang wanita yang memandu skuter mencetuskan kemarahan di Twitter.
Video mengerikan itu menunjukkan si bulus diseret oleh pemiliknya sambil memandu skuter seolah-olah tidak menyedari apa yang berlaku.
Rakaman menunjukkan ketegangan antara anjing dan tali kolar menarik pada bahagian leher haiwan itu.
Individu yang merakam video tersebut menjerit 'Anda mencederakan anjing anda. Anjing itu akan mati'.
Namun, wanita itu hanya melihat terus ke arah kamera, sebelum kelihatan berpaling dan mengatakan sesuatu yang tidak dapat didengari.
Wanita itu kemudian 'mengheret' haiwan malang ke atas jalan di kawasan Erdington, Birmingham seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.
Selepas dikongsi oleh blog Birmz Is Grime di Twitter, klip itu telah mencetus kemarahan netizen dan menggesa dia ditemui segera.
"Siapa wanita ini? Anjing ini perlu ditemui dan diselamatkan," tulisnya. - DAILY STAR
Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI