suria

Cinta sehidup semati… Pasangan kekasih dikebumi bersebelahan selepas maut kemalangan

Pasangan ini dikebumikan bersebelahan berikutan kemalangan kereta ngeri yang mengorbankan nyawa. (Foto: CEN)

BAGAIKAN kisah Romeo dan Juliet.

Pasangan ini terlibat dalam satu kemalangan kereta yang meragut nyawa mereka berikutan rempuhan di Perhimpunan Condroz-Huy dekat Wanze, Belgium.

Kemalangan ngeri itu menyebabkan pasangan itu terbunuh selepas kereta itu terbabas dari jalan raya pada 6 November lalu.

Romain Landeloos, 18 dan Margaux Remacle, 16, yang bertemu dalam talian hampir dua tahun lalu menemui ajal dan dikebumikan secara bersebelahan.

Pasangan itu dikatakan telah menghadiri banyak perhimpunan kereta bersama-sama sebelum ini.

Bercakap mengenai insiden tragis itu, ibu bapa kedua-dua remaja berusia 18 dan 16 tahun itu berkata bahawa pasangan itu 'sememangnya ditakdirkan bersama'.

Bercerita lanjut mengenai kemalangan itu, bapa menafikan khabar angin bahawa mereka memasuki zon larangan perlumbaan.

Bagaimanapun, ibu bapa mangsa menjelaskan bahawa mereka tidak mempunyai perasaan buruk terhadap pemandu yang menyebabkan kematian Landeloos dan Remacle. - DAILY STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain