suria

[V] Lebih 100 individu maut, jambatan baru dibuka selepas renovasi runtuh

Menurut saksi, jambatan itu runtuh kerana muatan berlebihan.

SERAMAI 132 orang disahkan maut selepas sebuah jambatan kabel runtuh di Sungai Micchu, Gujarat, India.

Difahamkan, terdapat ratusan individu berada di atas jambatan sepanjang 232 meter itu sebelum ia tiba-tiba runtuh.

Pasukan mencari dan menyelamat memaklumkan lebih 177 mangsa telah berjaya diselamatkan buat masa ini, lapor BBC.

"Ramai kanak-kanak sedang menikmati percutian untuk Deepavali dan mereka datang ke sini sebagai pelancong. Jambatan itu runtuh akibat beban berlebihan," kata seorang saksi kepada agensi berita Reuters.

Menerusi video tular, kelihatan mangsa-mangsa cuba berpaut pada jambatan yang sedang tergantung di atas air untuk menyelamatkan diri.

Dalam pada itu, Perdana Menteri India Narendra Modi turut mengeluarkan arahan kepada Ketua Menteri Gujarat dan pegawai lain berhubung kemalangan itu.

Beliau bercakap dengan ketua Menteri Gujarat iaitu Bhupendra Patel, meminta pengerahan segera pasukan untuk operasi menyelamat.

"Beliau telah meminta agar keadaan itu dipantau dengan teliti dan berterusan, dan menghulurkan semua bantuan yang mungkin kepada mereka yang terjejas," kata kenyataan pejabatnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Acara perasmian bertukar tragedi... jambatan runtuh akibatkan Datuk Bandar, 20 lagi terjatuh

Buat masa ini, dua pasukan Pasukan Pengurusan Bencana Negara (NDRF) telah dihantar ke kawasan itu.

Menteri Kesatuan Dalam Negeri Amit Shah berkata pentadbiran tempatan sedang menjalankan kerja-kerja bantuan di kawasan itu bersama dua pasukan NDRF.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Twitter, Shah menulis: "Saya amat sedih dengan kemalangan di Morbi. Saya telah bercakap dengan Harsh Sanghvi, Menteri Dalam Negeri dan pegawai Gujarat yang lain dalam perkara ini.

"Pentadbiran tempatan sedang menjalankan kerja-kerja bantuan dengan penuh kesediaan, NDRF juga akan sampai ke tempat kejadian tidak lama lagi. Pihak pentadbiran telah diarahkan untuk memberikan rawatan segera kepada mereka yang cedera."

Jambatan sejak zaman pra-kemerdekaan itu yang turut dikenali sebagai Kolam Julto, merupakan tarikan pelancong utama untuk bandar Morbi.

Untuk rekod, jambatan di Sungai Micchu itu juga baru selesai diubah suai lima hari lalu itu.- Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain