suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Janggut lelaki terbakar, aksi pertunjukan api tak menjadi

Janggut lelaki itu terbakar ketika dia sedang membuat pertunjukan api.

SEBUAH video tular menunjukkan aksi seorang lelaki membuat pertunjukan api menjadi tragedi.

Menerusi video itu, lelaki tersebut dilihat cuba melakukan aksi berbahaya itu menggunakan petrol dan api.

Rakaman tular itu dikongsi di Instagram oleh seorang pengguna bernama Ravi Patidar dan viral dengan lebih 12 juta tontonan. Kejadian dipercayai berlaku di India.

Lelaki itu mula-mula berdiri di atas meja dan memegang kayu yang dinyalakan api di tangannya. Beberapa orang berkumpul di sekelilingnya untuk menyaksikan aksi yang bakal dibuat.

ARTIKEL BERKAITAN: Tragis! 27 maut dalam kebakaran bangunan, 12 lagi cedera

Lelaki itu kemudian meletakkan kayu api itu dekat mulutnya dan menyembur keluar petrol dari mulutnya. Namun dalam masa beberapa saat, janggutnya terbakar.

Individu berdekatan bergegas menghulurkan bantuan dengan cara menepuk dan menggosok wajahnya dengan kuat untuk memadamkan api.

Rata-rata netizen mengakui bahawa apa yang dilakukannya adalah berbahaya.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak meniru aksi ini.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain